Selasa, Oktober 25, 2016

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah


Allahuakbar, Kita doakan yang terbaik untuk semua warga HSA dan semua pesakit.
Takziah buat ahli keluarga mangsa yang tidak dapat diselamatkan.

Tak dapat bayangkan kalau kita berada ditempat mereka. YA Allah. Permudahkanlah urusan mereka menyelamat dan membantu pesakit ya Allah,,

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi. Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar. Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205720



Resepi Nasi Lemak Sedap

Hidangan untuk 2-3 orang
(bergantung berapa banyak memasing makan hihii)

Resepi Nasi Lemak Mak Dara

Bahan-bahan
2 atau 3 cawan beras 
200g santan pekat segar/santan kotak
Setengah inci halia
2 helai daun pandan diikat
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara
1. Basuh beras seperti biasa (biasanya 3 kali basuh)
2. Masukkan santan.
3. Masukkan air sehingga setakuk jari kelingking dari paras beras. Ini bergantung kepada jenis beras.Senang cerita sukatan seperti masak nasi biasa. 
4. Masukkan halia, garam dan daun pandan .
5. Gaul sekejap
6. Masak macam biasa dalam periuk nasi elektrik.
7. Masa masak tu, bila air dah hampir kering, gaulkan supaya santannya rata. 
8. Siap.


Tips: Menggunakan santan segar akan menjadikan nasi lemak tersangat sedap, lemak dan berbau harum 

Psstt.. 
Orang Batu Pahat Johor terutamanya Tongkang Pechah, dapatkan santan segar lagi asli dengan hubungi Santan Bestari 0166850461. Bestari best!!!





Rabu, Oktober 12, 2016

UPSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2016/2017 (FEBRUARI)

SUMBER::http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/permohonan.html

Permohonan Kemasukan Ke UPSI Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2016/2017 boleh dibuat pada 10 Oktober 2016 selepas jam 12.00 tengahari  dipautan di sini

Perhatian kepada calon-calon yang memohon:


Sila imbas (scan) dan hantar salinan dokumen berikut ke emel ke rekod.akademik@siswa.upsi.edu.my dan sila poskan ke alamat seperti berikut:-

Penolong Pendaftar Kanan,
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak

1) Salinan IC
2) Salinan Sijil SPM
3) Salinan Keputusan Matrikulasi: atau
4) Salinan Keputusan STPM; atau
5) Salinan Keputusan STAM; atau
6) Salinan Transkrip dan Skrol Diploma
7) Salinan Keputusan MUET


Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum 2 November 2016

Panduan memuatnaik borang permohonan dan dokumen yang diperlukan boleh dilakukan di sini

Sebarang aduan dan masalah sistem, saudara/i boleh berhubung terus ke pihak administrator melalui email  utma@upsi.edu.my .Tindakan akan diambil dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja .





Selasa, Oktober 11, 2016

DIY Masalah Aircond Kereta

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana aircond kereta anda kurang sejuk? 

Sebelum anda membawa kereta ke bengkel, ada baiknya anda memeriksa sendiri. Terdapat beberapa kemungkinan yang membawa kepada masalah ini salah satunya ialah filter tersumbat. Kotoran yang melekat pada filter menyebabkan angin dari blower tersekat dan mengakibatkan angin yang keluar tidak kuat lalu kurang sejuk. Untuk membersihkan filter sebenarnya sangat mudah. Tidak memerlukan spanar atau screw driver atau apa-apa alatan khas cuma memerlukan sedikit daya usaha sahaja. Ini contoh yang saya lakukan terhadap kereta Proton Gen2. Untuk kereta2 lain saya tak pasti kemungkinan sama. 

Mula- mula periksa di bawah dashboard sebelah penumpang.  
Tarik dan tekan ke bawah pin seperti dalam gambar

Ia akan kelihatan seperti ini

Tanggalkan pin dan tarik keluar filter tersebut

Beginilah keadaan filter yang kotor dan perlu dibersihkan. Filter yang kotor dengan debu mnyebabkan laluan angin tersumbat.

Bersihkan filter dengan air dan biarkan ia kering.

Haaa dah siap pun. Bersih dan sedia untuk dipasang semula.

Senangkan? Boleh buat sendiri je.


Isnin, Oktober 10, 2016

Jalan-jalan ke Air Papan Mersing





Sebenarnya dah lama dah ke Air Papan ni. 9/4/2016. Tapi baru ni la nak bagi review sikit.
Air Papan ni kat Mersing. Kami dari Batu Pahat lebih kurang 2 jam baru sampai. Kami bertolak pagi,  sampai Mersing dah tengahari jadi kami makan kat Jeti Mersing. Dulu pernah sampai Jeti ni time belajar. Masa tu nak pergi pulau Tioman. Kat sinila pelancong2 naik feri nak ke pulau berhampiran. Ada banyak gerai makan kat sini. Lauk pauk memang banyak. Semua menyelerakan. 
Kemudian terus ke Air Papan, kami pilih menginap di Air Papan Beach Resort.


Air Papan Beach Resort
Bilik
Bilik kami tu namanya Mawar Merah. Pintu masuk bilik kami tu betul-betul menghadap bukit. Bukit tu  di tarah untuk buat apartment penginapan tu. Dalam hati..janganlah ada tanah runtuh..seram mak....  Bilik kami ni ada sliding door dan balkoni serta ada kerusi kat luar. Jadi boleh duduk-duduk tengok pemandangan sambil minum-minum. Kat luar tu ada kolam. Ni yang budak2 paling suka sekali.

Bilik Mandi/Tandas
Bilik mandi luas. Ada hot shower..tapi ada katak ok..Hati-hati..tengok-tengok sikit kat celah tong air. Katak lembik warna hitam berkilat tu sangat menggelikan. Kemudian, akak cedera berdarah ibu jari kaki sebab luka tersepak bucu kat pintu bilik mandi tu. Sangat tajam. 

Cawan
Cawan..AllahuAkbar.. Tengokla rupanya. Kopi, creamer semua ada. leh buat air. 



Makan
Makanan kita beli sendiri . Kelaur cari kedai2 makan yang berhampiran.

Pantai
Pantai memang cantik. Banyak kulit kerang. Lagi best bila pagi sebab leh tengok matahari naik.. Pemandangan yang cantik dan udara yang segar. Best nya,.






mentari petang sebelah barat




mentari pagi







Ok. sekian sahaja cerita jalan-jalan ke Air Papan Mersing. Bye,,