Cerita Apesal

Khamis, September 15, 2011

Khasiat Tembikai @ Semangka

Semalam, makan oren ...hari ni makan tembikai pula. Oleh yang demikian, aku nak share khasiat buah tembikai kat semua. Tu pun kalo ada orang baca blog ni. hahaha...






Selain menghilangkan dahaga, tembikai memiliki pelbagai khasiat. Tembikai juga ada pelbagai bentuk. Ada yang tanpa biji,tembikai kuning, ada yang bulat dan ada yang bujur.Antara jenis-jenis tembikai ialah New Dragon, Hitam Manis,Little Boy, Red delicious dan Funbell.

Faedah kesihatan

  • Penghasilan tenaga 
  • Melindungi degenerasi makula 
  • Menghindari penyakit jantung 
  • Sarat dengan antioksidan 
  • Mengurangkan risiko kanser 
  • Mencegah disfungsi ereksi 
  • Sumber vitamin dan mineral yang baik


Penghasilan Tenaga

Tembikai banyak mengandungi vitamin B. Vitamin B bertanggung jawab untuk penghasilan tenaga yang banyak untuk tubuh anda.  Ini bererti makan tembikai boleh memberikan banyak tenaga. Ia juga mempunyai jumlah gizi pemberi tenaga yang tinggi- magnesium dan potassium. Makan tembikai adalah alternatif yang baik sebelum memulakan latihan.

Antioksidan 

Tembikai adalah sumber alami antioksidan paling baik kerana ia mengandungi vitamin C dan A yang tinggi. Antioksidan tembikai ini boleh membantu mencegah penyakit. Antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, asma, penyakit jantung, osteoperosis, rheumatoid arthritis, dan kanser prostat.

Setiap orang harus mengambil makanan yang mengandungi antioksidan. Ia banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. Ia juga terdiri  daripada vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan gizi lain.

Degenerasi makula 

Makan tembikai boleh melindungi anda daripada kesan negatif degenerasi makula. Degenerasi makula ialah kehilangan penglihatan. Kehilangan penglihatan berkait rapat dengan usia seseorang. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan tembikai sebenarnya lebih baik untuk mata daripada pengambilan lobak merah atau carrot.

Memerangi kanser

Lengkapkan tembikai ke dalam makanan anda boleh membantu mencegah dan melawan kanser. Ini  kerana profilnya yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan dari tembikai sangat tertumpu dan membunuh barah yang disebabkan oleh  radikal bebas. Ia membantu mencegah kanser hati dan usus besar.

Nutrien setiap hidangan

Vitamin A: 10%
Vitamin C: 25%
Vitamin B6: 10%
Vitamin B1: 10%
Magnesium: 7%
Kalium: 5%


Jadi, makanlah tembikai

3 ulasan:

  1. sedapnya..rasa nak minum jus tembikai je..

    BalasPadam
  2. postingan yang menarik dan menambah pengetahuan tentang manfaat buah tembikai (di Indonesia namanya buah Semangka) :) terimakasih sudah berbagi informasi...salam

    BalasPadam
  3. @BlogS of Hariyantoorang kampung saya pun gelar buah ni buah Semangka.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...