Khamis, Mac 25, 2010

Perkembangan Bayi Anda (Bulan Ke 4)


Bulan ke-4

Deria

Si manja sekarang dapat mengenali dan membezakan semua  warna pelangi.


Badan

Bayi anda mula duduk dengan sokongan tangan atau bantal. Dia juga sudah mula menjangkau objek.


Otak

Dia menjadi lebih peka akan sekelilingnya dan terus  melihat sesuatu  dengan senang hati  seperti melihat wajah ibunya dengan kehangatan, payudara atau botol susu.


Komunikasi

Tangisannya sekarang kadangkala disengajakan. Dia mungkin berhenti seketika  antara tangisnya untuk melihat adakah anda akan datang untuk menyelamatkannya. Dia mungkin juga akan batuk atau menjerit untuk memperoleh perhatian.Si kecil sudah mula ketawa.



Waktu bermain
Ciptakan satu tempat bermain atau selimut dan mainan bertebaran di sekitar.Dorongnya untuk mencapai  permainan