Selasa, Mac 23, 2010

Perkembangan Bayi Anda (Bulan Pertama)

Bulan 1

Deria
Penglihatan bayi yang baru lahir anda adalah sekitar 20/400 (visi sempurna 20/20), segalanya agak kabur. Dia boleh melihat hanya 30 inci di depan dan lebih memilih untuk fokus pada objek-objek yang lebih dekat, jadi dekatlah dengan dia! Dia tidak hanya mengenali bau anda tetapi dia lebih sukakannya dari yang lain. Dan dia senang mendengar suara anda, berbicaralah dengannya, menyanyikan lagu-lagu, dan jika anda mendengar dia membuat suara, joinla dengannya dalam sebuah "perbualan."

Badan
Tangannya sentiasa terkepal, dan kedudukan kakinya seperti ketika dia berada di dalam rahim. Dia pandai menggenggam jika anda berikan jari anda di tapak tangannya.

Otak
Bayi anda lahir dengan 100 bilion neuron (sel-sel yang membentuk otak dan saraf).

Komunikasi
Menangis . Cuba pelajari apa yang bayi anda perlukan. Tangisan bayi adalah berbeza mengikut kehendaknya.Lama kelamaan anda tahu bagaimana untuk mententeramkannya.