Selasa, April 27, 2010

i-City


City of Digital Lights
Malam minggu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke i-City Shah Alam. Nak tengok la sendiri macam mana keindahannya sepertimana yang digembar-gemburkan. Tak dinafikan, i-City Shah Alam memang menjadi tarikan warga Shah Alam dan sekitarnya. Meriah sungguh. Berpusu-pusu manusia memasuki i-City. Kat situ ada orang buka gerai makanan, minuman dan alat-alat permainan. Aku beli cendol pulut ...sedapnya...rasa nak lagi....








City of Digital Lights

Kota Cahaya Digital (City of Digital Lights) terletak di i-City Seksyen 7 Shah Alam merupakan pelaburan oleh i-Bhd, Pemaju i-City. Ia terdiri daripada decorative lightscapes untuk  taman dan jalanan (Phase One), pertunjukan dynamic light yang melibatkan  kedua-dua laser dan  skrin LED (Phase 2) dan  pengalaman cahaya yang interaktif (Phase 3).

I-City adalah sebuah bandar komersial 29ha dengan kos pembangunan sebanyak RM2 bilion dan dilengkapi dengan broadband berkelajuan 20 Mbps. Sekitar 5000 pengunjung hadir di City of Digital Lights setiap malam dan jumlah ini meningkat 2 kali ganda pada hujung minggu.Pengasas I- Bhd Datuk Lim Kim Hong berkata jumlah pengunjung akan meningkat sehingga 10,000 sehari selepas pelancaran Fasa 2 pada bulan Jun yang menerapkan tarikan "Hibiscus in the Sky".

Mohd Khairudi (hubby), Iffah Nurina and Me
Additional Information:

When completed in 2012 it will be an RM2bil 72-acre integrated commercial township, with state-of-the-art ICT (information and communications technology) facilities. Among these will be 20Mbps (megabits per second) high-speed multi-telco broadband connectivity, scalable to 1Gbps (Gigabits per second). Current broadband speeds in the country are up to 4Mbps. i-City will also feature fibre-optic network connections, a backup power supply, a Tier 4-ready datacentre, shared facilities, and a concierge service to handle receptionist and secretarial tasks for its tenants.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...