Sabtu, Ogos 28, 2010

Influenza A H1N1



Pandemik  influenza adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia. Ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza A baru (novel) yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.

KETAHUI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Antara tanda dan gejalanya ialah:
• Demam kuat melebihi 38˚C
• Sakit tekak
• Sakit kepala
• Letih dan lesu
• Sakit-sakit badan
• Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal



KETAHUI SUHU BADAN YANG NORMAL
Suhu badan normal adalah berbeza bergantung kepada tempat di mana bacaan suhu diambil:
Mulut 35.5˚C ke 37.5˚C (95.9˚F ke 99.5˚F)
Telinga 35.8˚C ke 38˚C (96.4˚F ke 100.4˚F)
Ketiak 34.7˚C ke 37.3˚C (94.5˚F ke 99.1˚F)
Rektum (dubur) 36.6˚C ke 38˚C (97.9˚F ke 100.4˚F)



Sumber: Kementerian  Kesihatan Malaysia