Selasa, April 06, 2010

Masak Udang Halia + Kubis


Resepi udang dan kubis masak halia
(untuk 2 orang)

20 ekor udang putih (saya suka buang kepala)
200g kubis (anggaran )-potong ikut suka hati
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inchi halia
3 biji cili api (dipotong)
satu sudu sos tiram
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
½ cawan air

Cara-cara:
  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan halia dalam lesung batu sampai lumat.        ( Nak potong2 je pun boleh)
  2. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang, kacau sekejap dan biar udang jadi kale merah.
  4. Masukkan cili api yang telah di potong tadi.
  5. Masukkan pula kubis dan kacau seketika. Tambahkan sedikit garam,sos tiram dan air kacau lagi.....Biar sekejap bagi dia masak
  6. Dah masak leh la hidangkan...

Sorry tak de gambar