Khamis, April 22, 2010

Sepi Tanpamu..

Semalam, appointment Iffah kat klinik. Berat dia naik 300g je. Pastu kene cucuk. Petang semalam, bangun tido terus merengek. Tak berenti plak tu. Aku rasa badan dia hangat sikit. Aku pun bagila ubat demam. Risau gak kalau panas sangat badan dia.Alhamdulillah hari ni dia sihat. 
Aku hantar Iffah ke nursery hari ni. Sunyila tak de dia. Sayu hati. Saja nak hantar hari ni...bagi dia sesuaikan diri dia kat nursery tu. Esok nak tinggal. Nasib baik dia tak menangis masa baby sitter tu amik dia. Tapi dia amik Iffah terus bawak masuk dalam. Tak sempat nak cium Iffah. Takpelah. Karang kalo nampak muka mak dia, menangis plak. Harap-harap Iffah tak meragam. Kat rumah pun tak tenang fikirkan dia. Canela esok ni...huhuhu....Tengahari ni nak amik dia......Iffah, wait for mummy ok...