Selasa, April 13, 2010

Susahnya nak bagi dia susu botol


Ish, pening kepala aku. Adakah aku yang bersalah? Haruskah aku dipersalahkan??? Janganla. Aku hanya inginkan yang terbaik untuk anak aku. Aku sayang dia macam orang lain sayang kat anak dia gak.


Susahnya anak aku ni nak isap botol. Aku dah cari kat internet macammana nak ajar baby isap botol. Aku dah cuba dah segala cara. Haruskah aku beli botol yang mahal-mahal tu??? berbaloi ke? Kalau dia tak nak botol jugak macammanala? Anak aku ni bukan tak pandai. Masalahnya dia tak mau.

Dari pukul 10.30 tadi aku ajar dia, mengamuk sakan sampaila dkat pukul 1. Bila dia mengamuk aku pujuk-pujuk dulu bagi dia diam. Pastu aku bagi botol balik,Tapi tak mau jugak. Aku bagi susu badan jap bagi dia diam, tapi bila aku tarik, dia mengamuk. Aduh, sakit kepala aku. Lastly, aku biar kan dia jap, aku nak masak nasi,perut aku pun dah lapar. Bila aku tengok, dia dah tertidur. Kesian pulak aku tengok dia.

Malam tadi, dia nak juga isap botol setelah berjam2 mencuba. Hari ni gagal. Tak pe petang nanti aku cuba lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...