Rabu, April 14, 2010

Susu botol, Kerja, KPLI &.....

Fuh...dia dah tidur. Nak jugak dia isap botol tu.Tak tau la sampai 3oz tak dia minum...sebab ada yang tak masuk mulut dia. Semalam sampai ke tengah malam mencuba langsung dia tak mau. Siap tepis lagi botol tu. Nampal botol pun dah cemik-cemik. Petang nanti cuba lagi. Betul-betul mencabar la task ni.  

Bila la Iffah ni nak betul-betul pandai isap botol? Aku nak bekerja semula. Rindu plak nak bekerja. Keluar rumah awal pagi, sejuk je :). Hari ni sepatutnya dah boleh semak nama untuk temuduga KPLI. Tapi ditunda lagi plak ke hari sabtu...Agak-agaknya dapat ke ek temuduga tu. Mmmm kalau tak dapat, takpelah, tak de rezeki tahun ni. Cuba lagi lain kali. Aku tak berani nak terlalu mengharap..kalau tak dapat nanti frust menonggeng plak. Kalau dapat Alhamdulillah. Rezeki anak aku. Esok plak nak check untuk DPLI. Mmmmm Apa-apa pun, aku takkan kecewa dan putus asa. Rezeki itu Allah dah tentukan. Cuma aku kena usaha sampai la aku jumpa. Perut pun dah lapar ni. Baik aku makan nasik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...