Ahad, April 18, 2010

Penatnya Hari ini

Malam semalam susah nak tidur walaupun kat luar hujan lebat. Sejuk je. Bila baru nak lelap, Iffah pulak bangun, nak siusu. Entah pukul berapa aku terlelap. Tapi yang pasti masa tu memang dah lewat. Pukul 6 alarm bunyi. Arggghhh malasnya nak bangun...baring-baring jap. aku snooze alarm 2x. Lepas tu Iffah dah bangun plak. Aku solat jap. Pastu aku bawa Iffah turun. Aku basuh pinggan mangkuk, buat air kopi dan masak nasi goreng. Then, aku bagi Iffah susu, dan aku sarapan dulu. Sorry hubby. Aku mandi dan terus siap-siap untuk pergi belajar kete. Aku tak ingat bila Iffah tidur. Tapi masa aku pergi dia dah tidur. Awal plak orang tu jemput. Kata pukul  8..15. Belum pukul 8 dah sampai. 
Sampai je kat DS aku order MILO ais. Memang aku mengidam MILO ais ...hahaha. Pukul 12 tghr dah siap, tapi pukul 1 baru sampai rumah. Biasalah...driver yang bawa. Sampai rumah, terus bagi Iffah BF walaupun abah dia baru lepas bagi dia susu. Dia minum sikit je. Sebab tak berapa nak isap botol. Rehat kejap pastu mandikan Iffah. Pg td tadi tak sempat. Kemudian, masak pulak. Pukul 3 baru makan. Baring jap tengok TV. Pastu pegi mandi, solat , siap2 nak pegi cari baby car seat and pacifier kat Giant. Pusing2 cari barang, pastu balik. Pkl 7 baru sampai rumah. 
Penatnya aku rasa. Masa kat Giant td pun aku rasa dah tak larat nak jalan. Sampai rumah, bagi Iffah susu.Kat Giant tadi pun dia dah bising. Then dia  tertidur masa dalam kete. Pastu aku mintak tolong hb aku buaikan Iffah. 
Aku collapse.....................................................................................