Jumaat, Jun 18, 2010

Petua Demam

Sebagai ibu bapa, kita mestilah berasa risau apabila anak yang kita sayangi mengalami demam. Bawalah anak anda ke klinik untuk pemeriksaan. Berikan ubat mengikut arahan doktor, selebihnya adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan merawatnya. 

Petua kurangkan demam 

1. Sapukan air asam jawa di kepala anak anda.Kenala rajin untuk pastikan suhu badannya menurun.
2. Letakkan tuala basah di dahinya atau beli saja koolfever 
2. Lapkan tuala yang basah pada badan, kaki, tapak kaki, kepala dan bawah lengan. Jangan lap di bahagian dada untuk mengelakkan batuk.
3. Beri minum air badak untuk menyejukkan badannya. Untuk bayi, berikan dalam kuantiti yang sedikit. (lebih kurang 2 0z ), dan sapukan air di kepalanya untuk mengurangkan panas.
4. Beri bayi/anak anda air/susu yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.

Then, tawakkal pada Allah swt dan sentiasa berdoa agar anak kita cepat sihat...