Cerita Apesal

Jumaat, Ogos 06, 2010

Khasiat dan Kegunaan Cekur


Cekur atau kencur (bahasa jawa) mempunyai banyak khasiat. Ia adalah bahan utama untuk membuat parem yang digunakan untuk melulur badan wanita yang dalam pantang. Biasanya diamalkan dalam masyarakat jawa di Johor. Daun cekur juga boleh dimakan sebagai ulam dan baik untuk ibu yang baru bersalin untuk mengembalikan tenaga serta membantu menguncupkan rahim.  Selain itu, cekur boleh digunakan untuk mengurangkan batuk dengan cara mengunyah bersama garam.
Cekur  sering digunakan dalam masakan masyarakat jawa seperti kerabu pucuk ubi( urap atau keluban) dan ikan keli pecel (masak lemak cekur). Bau cekur yang wangi amat menyelerakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...