Khamis, September 30, 2010

Darling didenda RM15,000

Darling didenda RM15,000

Nasreen Ngasri bersama ibunya, Habibah Jaafar (kanan) selepas perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Pelakon dan penerbit drama, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri didenda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.

Hakim Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman tersebut selepas artis berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan tersebut, Nasreen, 27, didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd.' bertarikh 16 Ogos 2007 sebagai tulen.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada 16 Ogos 2007.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pengadu Mohamad Ridzuan Hussin, 34, telah membuat laporan polis pada 18 Mac 2008 berikutan tertuduh membuat satu dokumen resolusi yang mengandungi tandatangannya bagi membuka akaun baru syarikat.