Selasa, September 28, 2010

KEKURANGAN NUTRIEN

Salam buat pembaca. Hari ni aku nak kongsi info berkenaan kekurangan nutrien. Kadang-kadang kita lupa kepentingan nutrien dalam hidup kita. Kita lupa pengambilan makanan seimbang dalam menu harian kita. 

Jadi, jum kita tengok balik kesan kekurangan nutrien ni. 



KEKURANGAN NUTRIEN




MIKRONUTRIEN
SUMBER MAKANAN
TANDA-TANDA
AKIBAT
Zat besi


Daging, hati, ikan,
kuning telur,
bijirin, sayur-sayuran
hijau, kekacang dan
sayur jenis kacang.
Kelesuan, tidak dapat
menumpukan perhatian dan
pucat.
Kekurangan zat besi,
kurang darah
perubahan tingkah laku.

Zink

Daging,kekacang
seperti pis, dal dan kacang tanah.
Tiada selera makan,
hilang deria rasa dan sakit
yang susah sembuh.
Pertumbuhan terencat ,
gangguan otak
disleksia dan daya tahan
melawan penyakit terjejas.
Kalsium

Susu, sardin, ikan bilis,
sayur-sayuran
berdaun hijau dan
produk kacang.
Sakit otot, sakit badan dan
kekejangan otot
kuku rapuh serta kulit kering
 dan bersisik.
Tulang rapuh, berisiko
patah tulang,
penyakit riket dan
 osteoporosis.
Iodin

Makanan laut, rumpai
laut,telur, daging dan produk tenusu.
Bengkak pada leher dan
mata terjojol.

Kerosakan otak,
pertumbuhan kognitif
dan perkembangan saraf
motor terjejas serta hipotiroid.
Vitamin A

Hati, limau dan sayuran
berdaun
hijau tua.
Rabun malam.

Penglihatan terjejas buta
 dan meningkatkan risiko
diserang penyakit teruk.