Rabu, April 27, 2011

Episiotomi dan tips melegakan jahitan


Episiotomi adalah prosedur yang biasa dilakukan kepada ibu-ibu bagi memudahkan proses bersalin. Ia dilakukan apabila bayi memerlukan kawasan perineum yang lebih luas untuk keluar. Kebaikan episiotomi ini antaranya ialah mengurangkan trauma perineal, meminimumkan disfungsi oto-otot di lantai pelvik selepas kelahiran dengan mengurangkan kerosakan otot gegelang dubur, mengurangkan risiko kehilangan darah dan melindungi bayi daripada trauma neonatal.

10 tips untuk melegakan jahitan episiotomi:
  1. Kerap mandi air suam. Tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut yang bersih.
  2. dedahkan bahagian tesebut keudara selama 10 minit sekali atau dua kali sehari supaya pengudaraan berlaku
  3. jika anda sakit ketika duduk , tempatkan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentuk seperti donat di atas kerusi
  4. anda juga boleh memilih untuk menggunakan ice-pack. Kedinginan tersebut akan mengebaskan bahagian yang dijahit dan mengelakkannya daripada bengkak.
  5. tempatkan tuala wanita yang akan anda gunakan kedalam peti sejuk. Fungsinya sama seperti terapi dingin dan diyakini boleh melegakan
  6. jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Langkah ini dapat mengelakkan jahitan daripada menyakiti anda
  7. amalkan senaman lantai pelvik bagi melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Pengaliran darah yang baik akan mempercepatkan proses penyembuhan.
  8. kerap berjalan dapat meningkatkan peredaran darah dan mempercepat proses penyembuhan
  9. sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam. Bagi mereka yang mengalami alahan paracetamol, bolehlan menggunakan NSAIDs tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih  dahulu.
  10. jika sakit yang dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dikhuatiri luka episiotomi anda terkena jangkitan kuman.
                                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...