Jumaat, April 15, 2011

Kadar Pengeluaran Zakat Perhiasan


Para ulama bersepakat tentang tidak ada kewajipan zakat ke atas berlian, intan, aluminium, mutiara dan perhiasan dari batu-batu melainkan barangan tersebut digunakan sebagai aset perniagaan. Manakala hanya emas dan perak sahaja merupakan logam yang wajib dizakatkan jika telah sampai nisab atau beratnya.

Daripada jumlah emas yang dimiliki, 2.5% daripada berat emas tersebut akan diambil kira bagi menentukan jumlah wang yang harus dikeluarkan ketika membayar zakat. Terdapat 3 kategori barang perhiasan yang wajib dizakatkan.

  1. Emas yang dipakai
    • Sebarang barangan emas dan perak yang dipakai oleh wanita tidak akan dikenakan zakat melainkan jika barangan itu telah melebihi kadar yang sepatutnya mengikut berat dan harga yang telah ditetapkan di setiap negeri.
    • Setiap negeri mempunyai kadar yang telah ditetapkan bagi seorang pembayar zakta jika telah sampai uruf atau kebiasaan emas yang dipakai untuk perhiasan. Jika pemakain emas oleh seseorang itu tidak mencapai nilau uruf yang ditetapkan, maka tidak diwajibkan membayar zakat ke atas perhiasan tersebut.
  2. Emas yang disimpan
    • Zakat yang dikenakan keatas perhiasan emas berbeza dengan cara pengiraan emas yang dipakai.  Ini bermaksud, selain dari perhiasan emas yang dipakai di badan sama ada berbentuk mata wang(dinar), galian, perlatan rumah dan sebagainya akan diambil kira dari sudut berat. Jumlah barang tersebut akan dizakatkan jika emas itu melebihi 85 gram.
  3. Perak
    • Logam perak sama ada dipakai sebagai perhiasan atau disimpan sebagai perhiasan rumah, maka pengiraanya berdasarkan nilai barangan tesebut. Nilai barangan perak yang dimiliki oleh seseorang umat Islam sebanyak atau melebihi 595 gram akan dikenakan zakat.


Nilai uruf bagi emas yang dipakai mengikut negeri.

Negeri
Nilai Uruf (Gram)

Perlis
170
Kedah
170
Pulau Pinang
165
Perak
500
Selangor
800
Negeri Sembilan
200
Melaka
120
Johor
850
Pahang
200
Terengganu
150
Sabah
120
Sarawak
775
Wilayah Persekutuan
150
Kelantan
-
*Berbalik kepada hukum asas 85gram
* Dipetik dari AL ISLAM Dis 2010 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...