Selasa, April 17, 2012

Khasiat Halia



Khasiat Halia

Halia sering digunakan untuk
-melegakan rasa loya
-mengatasi masalah penghadaman
-melegakan kesakitan disebabkan artritis
-membantu melancarkan peredaran darah
-melegakan masalah kekejangan perut
-menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekaligus mengurangkan masalah peredaran darah
-minyak halia digunakan untuk mengurut
-membantu menurunkan kadar penyerapan kolestrol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Cara-cara menggunakan halia
-Halia dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan
-Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu pada bahagian yang sakit.
-Halia segar yang dibuang kulit, boleh dimakan setiap 4 jam tetapi tidak boleh lebih dari 3 kali sehari untuk melegakan masalah perut.
-Teh halia balik untuk meredakan selesema

Cara menyediakan teh halia
                       
4 gelas air
            2 inci halia segar
            hirisan lemon dan madu
           
  • Kupas dan hiris akar hali.isikan air kedalam periuk dan biarkan ia mendidih.
  • Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih.
  • Kecilkan api,tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20minit.
  • Tapis tambah madu dan lemon sebagai penambah perisa.