Selasa, Disember 28, 2010

Terperangkap dalam lift..

Salam semua. Sapa yang pernah terperangkap dalam lift? Hari ni aku melalui 20 minit yang mencemaskan apabila terperangkap dalam lift.
Aku nak pergi makan kat satu bangunan ni, dekat tingkat 4. Aku berdua ngan kawan aku. Aku pun tekan button nak ke atas...pintu terbuka, aku dan kawan aku pun masuk. Dalam lift tu memang kami berdua je. Lepas tu, lift tu pun bergerak. Tiba-tiba lift berhenti. Tak tau sampai tingkat berapa. Aku pun tekan-tekan semua button. Pintu tak terbuka.
Akhirnya aku tekan alarm...ring!!! bunyi sekali ..aku tekan lagi..ring!! sekali. Aku pun tekan lama-lama...dia bunyi ringggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tekan intercom tak de response. Aku dah mula cuak..Aku terfikir habisla kalau tiba-tiba lift ni menjunam..macam kat berita baru-baru ni. Takpun technician lambat sampai...kalau aku pengsan tak cukup oksigen macam mana? Nasib baikla ada orang intercom kami kat dalam tu. Dia minta kami bertenang dan jangan panik.  Lift tu pun ada CCTV. Sepatutnya mereka yang berkenaan tahu la ada orang terperangkap dalam lift. Orang kat interkom tu cakap dia dah hubungi techinician tunggu dalam 5  minit. Tapi tunggu-tunggu tak sampai jugak. Pastu try interkom dia (tah siapa tah ) dia kata lagi 10 ke 15 minit pulak. Aku dah pening kepala dalam tu. Tak lama lpastu, dgr pintu lift dibuka. Alhamdulillah...Selamat aku dengan kawan aku. Rupanya-rupanya, lift tu dah lepas tingkat 4...Tingkat 5 tak ada. Tak tau la dia nak pegi mana. Lift tu stuck atas sikit dari floor.
Keluar je...rasa ketar lutut..perut lapar...Alhamdulillah..Selamat. Cuak betul. Macam-macam terfikir time tu.
Inila 20 minit saat yang mencemaskan sepanjang aku naik lift kat bumi ni.
Sekian, terima kasih