Sabtu, Januari 01, 2011

Perempuan, isteri, ibu dan....

Setiap hari aku bangun awal pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Aku juga perlu hantar anak ke nursery kerana tiada siapa yang menjaganya di rumah.  Kadangkala dah siap nak gerak, anak pulak buang air besar. Kena pegi cuci dulu. Sarapan? Memang tak sempatla nak prepare. Balik kerja pula dah malam. Anak pun dah mengantuk nak tidur. Perlu masak pula untuk makan malam. Mungkin ramai perempuan diluar sana seperti aku. Sampai di tempat kerja, menjadi seorang pekerja kepada majikan.   Berjam-jam ditempat kerja, kadangkala tak cukup untuk menyiapkan kerja. Ada yang perlu stay back dan balik hingga jauh malam. Aku terfikir...mereka ada anak-anak dan suami. Ada keluarga. Terlaksanakah tanggunggjawab mereka, jika masa mereka dihabiskan ditempat kerja? Cukupkah kasih sayang yang mereka berikan kepada anak-anak dan suami? Adakah dengan duit sahaja dapat memenuhi tanggunggjwab itu? Dengan siapakah mereka tinggalkan anak-anak mereka? Mungkin mereka tiada pilihan. Mereka perlu stay back untuk menyiapkan kerja. Untuk mencari wang dan membantu suami menanggung   keluarga.  Mungkin mereka ada pembantu rumah atau ibu / ibu mertua untuk menjaga anak. Atau suami yang pulang awal . 
Adakah budaya ini menyebabkan anak-anak kekurangan kasih sayang dan punca banyak masalah sosial berlaku. Aku tak tahu. Kadangkala aku takut anak aku kekurangan kasih sayang dan perhatian. Ada seorang kawan mengadu padaku..dia tersepit antara tanggunggjawab sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja. Dia selalu perlu stay back untuk menyiapkan kerja-kerja yang bertimbun. Dia juga ada anak yang perlukan perhatian dirumah. Anak-anak dirumah perlu makan...dia perlu masak untuk anak-anak dan suami. Tiada pembantu rumah...seperti aku jugak. Kos untuk mengambil pembantu rumah, tinggi dan kebajikan juga perlu dijaga. Perlu jaga suami, anak dan pekerja pula.  
Para suami pula, adakah anda hargai pengorbanan isteri anda? Masih kah ada hati untuk mencari-cari cinta baru? Adakah anda sedar tanggungjawab anda yang perlu anda tanggung sepenuhnya kini telah dilaksankan sebahagiannya oleh isteri anda dengan rela.? Fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...