Selasa, April 26, 2011

Beli emas 1 Dinar GCP atau 1 Dinar PG?


Hari ni aku beli 1 dinar GCP berharga RM716 (26 April 2011). Nak rasa aura dinar 24 karat GCP ni pulak sebab aura Public Dinar dah rasa hehe.  Tapi spread ia agak besar jika nak dibandingkan dengan Public Dinar. Kalau korang tengok kat sebelah kanan blog aku ni boleh bandingkan harga antara GCP dengan PG.

Habistu apsal aku beli jugak sedangkan dah tau spreadnya besar. Kalau gitu baik beli Public Dinar tak gitu??

Sebenarnya ia bergantung kepada individu. GCP ada kelebihan dia dan Public Dinar pun ade dia punya kelebihan dia. Aku beli Dinar GCP walaupun spreadnya lebih besar sebab aku bukan nak jual balik emas ni. Jadi spread bukan menjadi masalah kepada aku. Yang penting nilai emas tersebut yang memang akan menguntungkan dimasa hadapan.

Kalau nak pakai duit, tidak perlu jual emas tu, boleh gunakan kemudahan Ar Rahnu. Silap haribulan boleh untung dengan menggunakan teknik arrahnu yang betul. Simpanlah emas untuk masa depan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...