Rabu, April 27, 2011

Cerita Pajak Ar Rahnu 1 Dinar GCP

Ni nak cerita pasal hari ini aku memajak 1 dinar GCP di Ar Rahnu Bank Rakyat cawangan Serdang Raya, tempat yang aku pajak 2 Dinar Public tempoh hari.
Keputusannya sedikit mengecewakan aku....

Berat : 4.24 gram - sepatutnya 4.25 gram
Ketulenan : 22.8 karat ( 950 ) - sepatutnya 24 karat

Jadi nilai marhun : RM 689.59 maka dapat pinjam RM 440 dan upah simpan RM4.50 sebulan. Jadi duit tu aku gunakan la untuk sesuatu yang menguntungkan.
Walaupun agak kecewa dengan keputusan ketulenan dan berat Dinar GCP aku tu tapi ia tetap menguntungkan dimasa hadapan insyaallah...
Gunakanlah kemudahan Arrahnu dengan bijak supaya tidak membebankan anda ok.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...