Cerita Apesal

Khamis, Oktober 27, 2011

Tips Kuruskan Badan Cara Tradisional

Salam semua...hari ni nak share tips dan petua untuk kuruskan badan cara tradisional ..


gambar:ceritasekupang

Air Limau Nipis
Caranya , campurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dam nasukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman rasmi setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan selama sebulan.

Buah Pinang
Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur sehingga kering. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu .

Asam Jawa-kurangkan lemak
Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelas air. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Masukkan air tersebut ke dalam peti sejuk dan minum selepas makan tengahari dan malam.

Halia Bara (Halia Cina)-Langsing selepas bersalin.
Untuk mendapatkan badan yang langsing selepas bersalin, ambil lima inci halia bara, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya hingga lumat, dan perahkan sebiji limau nipis. Makan bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang.

Sekian.
Selamat mencuba..

15 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian petua tradisional ni. Terutamanya yang terakhir. Ilmu baru utk saya. :)

    BalasPadam
  2. bagus info ini..semoga sentiasa slim

    BalasPadam
  3. Tips yang simple tapi power betul. Mohon share ya, saya nak share di Facebook saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Info yang menarik dan bermanfaat untuk di ketahui bersama berkaitan dengan petua kuruskan badan

    BalasPadam
  5. kena minum air asam jawa lepas ni >.<
    nice info akak!

    BalasPadam
  6. @BeaN MorENo nak gemuk senang je. banyakkan pengambilan kalori setiap hari melebihi kalori yg diperlukan oleh badan anda. setiap kali time makan, jangan makan, tapi mentekedarah hehe.gemuk la nnti..

    BalasPadam
  7. Erm..menarik nih..rasa cam nak cuba pulak..huhu..nak langsing jugak..hehe :)

    BalasPadam
  8. ini lah yang kucari..yeahhhh!!!! nk diet!

    BalasPadam
  9. nk cubelh..berat kite dh bertambah nie..kikiki

    BalasPadam
  10. Abg saya tnya,gem0kkan badan ada x?hex3. .^_^

    BalasPadam
  11. Em nk try lah

    BalasPadam
  12. sya dh cuba dulu.tp sush bile nk kmne2.asyik nk buang angin je...klau asam pulk,skit je perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tak sesuai untuk awak....

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...