Jumaat, Mei 06, 2011

Maharaja Lawak Minggu 6

Maharaja Lawak dah masuk minggu ke 6. Tema pada minggu ini ialah bebas

Macam biasa Jambu mengekalkan momentumnya dengan persembahan yang konsisten setiap minggu. Sangat kreatif dan mendapat pujian daripada para juri. Komedi yang dipersembahkan lebih banyak aksi daripada dialog, dan ini memberikan ilham kepada para juri untuk mencabar para peserta dengan tema Silence Comedy untuk minggu hadapan.

Jozan dan Sepah seperti biasa, mereka memang berbakat dalam lakonan dan mampu membuatkan para penonton terhibur.

Manakala Nabil tampil dengan tema yang berbeza. Jika sebelum ini, Nabil banyak lakukan lakonan dan bercakap dengan halimunan, kali ini Nabil  bercerita  tentang GPS.

Balas, pada awalnya, mereka berjaya membuatkan penonton tertawa dan nampak peningkatan.Tetapi, macam tak serik dah ditegur banyak kali, mereka masih selitkan double meaning phrase dalam lawak mereka.Pada pendapat aku, tak lawak pun...malah mencacatkan persembahan yang hampir perfect.

Man pula pada pendapat aku, Man dah ketandusan idea sebab selalu sangat buat lawak tiru gaya personaliti terkenal. Pada aku, ia agak membosankan, tapi macam juri cakap ada peningkatan. Silapnya dia masih meniru gaya personaliti lain. Pada aku, lebih baik dia be natural. Jadi diri sendiri.

Amir....boring. Aku memang tak minat pun.

Walau bagaimanapun, pada minggu ni, tiada peserta yang tersingkir. Tapi mereka yang mendapat undian terendah ialah Amir, Man dan Balas.

Untuk minggu hdapan , ada mekanisma undian terbaru di mana setiap peserta utuk minggu ke 7 harus pilih peseta lain yang akan mereka singkirkan.

Harap-harap minggu depan mereka akan membuat persembahan yang baik dan tak menghampakan para penonton dan pengundi..Aku undi ke ?????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...