Isnin, Mei 02, 2011

Osama bin Laden Meninggal Dunia

Berita tergempar hari ini apabila Obama telah mengumumkan bahawa Osama Laden telah terkorban dalam satu serangan di Pakistan. Jasadnya kini dalam tahanan AS di Afghanistan. Sumber tentera menyatakan bahawa Osama tewas dalam sebuah rumah besar di luar Islamabad bersama-sama dengan kelaurganya yang lain setelah risikan tentang lokasinya diterima. 

Dua pegawai senior kontraterorisme  menegaskan bahawa bin Laden telah tewas di Pakistan minggu lalu. Sumber lain pula berkata bin Laden terbunuh dalam operasi darat, bukan oleh pesawat Predator.

Seorang pegawai perisikan Pakistan mengesahkan bahawa pemimpin Al-Qaeda telah tewas di Pakistan. 

Sumber: The Telegraph

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...