Cerita Apesal

Sabtu, Mac 03, 2012

Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Salam...Pasti ramai para ibu di luar sana yang ingin kurus dan ramping selepas bersalin. Bukan susah. Cuma perlukan sedikit kesabaran.

Yang pertama sekali selepas sahaja melahirkan anak, maka bermulalah proses berpantang. Berpantang ni bukanlah nak menysahkan kita, tapi untuk memulihkan kecederaan dalaman atau luaran sewaktu proses melahirkan di samping mengembalikan tenaga.

Dalam jangka waktu berpantang pula, antara amalan yang biasakan dilakukan ialah, urutan badan (termasuk urut susu ), menyapu param ke seluruh badan, memakai pilis untuk mengelakkan pening kepala, mandi daun /herba, bertungku dan  memakai bengkung. Sebelum memakai bengkung pula, perut hendaklah di sapu dulu dengan minyak tapel , atau apa yang orang dulu-dulu lakukan ialah menyapu limau nipis yang dicampur kapur.

Makan pula perlu di jaga. Jangan makan yang goreng-goreng dan berminyak, yang gatal , berangin dan sejuk. Orang tua-tua kata, kurangkan minum air. Tapi menurut pengamal perubatan, minumkan banyak air selepas bersalin kerana air penting antaranya untuk melancarkan proses membuang air.

Yang paling penting ialah susukan anak anda secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan pertama. Haa kenapa? Kerana proses penyusuan susu ibu ini, membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. Ibu yang menyusukan anaknya secara ekslusif  membakar 500 kalori setiap hari. Jadi ambillah peluang ini untuk kembali ramping.

Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat dan ambil makanan yang berkhasiat. ,

1 ulasan:

  1. kenapa lepas bersalin jer perlu krusu balik? heheheh

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...