Selasa, Julai 19, 2011

Kenaikan Caj ASTRO

Semalam dapat surat Astro..Apa pun alasan Astro..aku tak bersetuju dengan kenaikan caj yang dikenakan.

ASTRO KATA 
"Dukacita, akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakek-pakej tertentu akan disemak , termasuk pakej langganan anda"


Apakah maksud sebenar ayat di atas? Adakah ASTRO mengalami  kerugian? Kalo rugi kenapa nak POW duit  pelanggan pulak? Yang kaya raya siapa? TOKEY dia jugak....

Dahla asyik tayang cerita yang sama je setiap kali. Boleh dikatakan...dalam satu minggu AS* TEROK hanya tayang kan satu je cerita baru dan cerita tersebut akan ditayang berulang-ulangkali selama seminggu. Pastu kalo hari ni tayang kat astro CITRA, esok lusa dah keluar kat astro ria / prima. EEE pastu ...dia akan pusing-pusing je cerita tu..dari Mustika ke Prima ke RIA ke OASIS ke ..last2...kat CERIA pun ada gak. Cerita pulak balik-balik cerita HANTU. Hello....i dah bosan dengan cerita hantu OK?

Kalo tak kerana TV aku tak clear nak tgk TV, aku tak langgan astro ni. Oh tidak....aku telah ditindas.......