Khamis, Julai 07, 2011

Paip Sinki Tersumbat

Ni kawan nak kongsikan cara nak menyelesaikan masalah paip sinki yang tersumbat. Sebelum kita panggil tukang paip atau plumber ni, elok la kita cuba alternatif lain dulu. Maklumlah caj yg dikenakan agak mahal ratusan ringgit.
Baiklah, ade beberapa cara untuk menyelesaikan masalah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman kawan sendiri.

Kaedah Pertama,
Beli cecair asid khas untuk masalah paip sumbat ni. Boleh didapati di jusco, tesco, giant dan kedai hardware. Harga lebih kurang dlm rm10 sebotol. Anda cuma perlu isikan saja cecair tersebut ke dalam paip dan biarkan beberapa jam. Kalau ok bagusla, dan kalau x ok, cuba cara kedua pulak.

Kaedah Kedua,
Beli dawai yang dikhaskan untuk menjolok di dalam paip tu. Ade kat hardware, tp susah gak la kawan nak jumpa, tapi kawan ade beli di DIY kat seri petaling. Harga dalam belasan ringgit. Jolokkan dawai tersebut ke dalam paip, kemudian pusingkan handlenya supaya ia mengorek benda yang sumbat dlm paip tu. Perlukan usaha sikit la nk buat kerja ni. Dah korek tu keluarkan dawai dan test la tengok berjaya atau tidak. Tapi masalah kawan tetap jugak tak selesai. Jadi kawan mencari alternatif lain maka terjumpalah kaedah ini. Sebenarnya kawan igt nk cari tukang paip je tetapi melihatkan caj yg dikenakan sehingga ratusan ringgit tu, maka kawan cuba juga kaedah alternatif yg terakhir ni.

Kaedah Ketiga ( Terbaik )
Bahan yang diperlukan ialah garam kasar, air panas dan soda batu. Sesetengah orang tak tau apekebendenye soda batu ni. Kalau nk tau bolehla tanya cik GOOGLE. Soda batu ni boleh didapati di kedai2 hardware dengan harga RM8 sepeket. Tapi ade juga tokey yg tak tau ape benda soda batu ni. Jadi anda perlu la mencari di hardware lain sehingga jumpa.

Caranya, masukkan garam kasar agak2 la dalam sekampit kecik tu, pastu masukkan soda batu ke dalam paip.
Kemudian barulah tuang air panas ke dalam paip tersebut. Dan air tu pun meggelegak di dalam paip mencairkan bahan yg menymbatkan paip kita macam lemak2, rambut dan lain-lain. Paip PVC tak cair la. Biarkan seketika. Kemudian test.

Alhamdulillah, masalah kawan berjaya diselesaikan tanpa perlu membayar tukang paip.
Sekian, selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. T.kasih..
    Maklumat saudari bnyak membantu saya ^^

    BalasPadam
  2. akan di cuba.cara k-3 tros.haha tq

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...