Khamis, Ogos 11, 2011

Ar Rahnu Bank Rakyat Ditutup

Harga emas yang semakin hari semakin naik membuatkan aku berkira-kira untuk membuat overlap ke atas emas yang aku gadai bulan lepas. Jadi aku pun menuju ke Bank Rakyat tempat aku pajak iaitu di cawangan Serdang Raya dengan harapan dapat memperolehi sedikit tunai.

Setibanya di bank tersebut, aku pun terus menuju ke mesin nak ambil nombor giliran. ALAMAK!!!! ape ni??? Aduyaiii, kat button untuk ambil nombor giliran Ar Rahnu telah ditampal dengan kenyataan " Ar Rahnu Ditutup" Aku terus bertanyakan akan hal ini kepada pegawai bank di kaunter. Katanya " Ya encik, Ar Rahnu ditutup hari ni sebab system down. Semua cawangan Ar Rahnu Bank Rakyat system down. Sampai bile tu tak taula. " Keciwa dihatiku mendengarkan jawaban yang diterima huhuhu...

Aku pun terfikir betul kah system down? Atau ade agenda lain? Dahulu boleh gadai Gold Bar dan Dinar, sekarang dah tak boleh. Hari ni pulak jadi camni. Apakah akan berlaku perubahan lagi? Macam-macam persoalan bermain di fikiran sambil aku dengan berat hati melangkah keluar dari Bank Rakyat Serdang Raya....

2 ulasan:

  1. Hmm, rasanya ada konspirasi kot. Ramai sangat dah yang bermain dengan pasaran emas nih. Mungkin pihak bank dah mula sedar.

    BalasPadam
  2. kalau diikutkan logik, mungkin sebab pihak bank tak dapat cash in sebab setiap kali harga naik je orang akan overlap. harga emas memang sentiasa naik, so bile bank boleh dapat return dr pinjaman yang dibuat pun x tau. mgkin 10 thun lagi kot time hrga emas trun.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...