Jumaat, Ogos 12, 2011

Harga Juadah Di Bazar Ramadhan Semakin Mahal

Assalamualaikum...

Sebenarnya sejak hari pertama puasa lagi aku nak post pasal hal ni. Petang 1 Ramadhan itu hari aku ke bazar Ramadhan . Kebanyakan peniaga menaikkan harga juadah yang dijual membuatkan aku tak berapa ghairah membeli. Ada juga kebaikan kalau harga mahal ni kan. Kalau tak, memang main beli je. Tetapi macam tak patut la harga yang dinaikkan tu. Contohnya harga ayam golek RM20 seekor. Hmm, macam agak mahal bagi aku yang berpendapatan kecil ni.

kuey teow goreng RM3

Semalam aku beli KUEY TEOW goreng RM3 sedangkan di pasar malam RM2 sahaja. Agaknya sewa tapak niaga bazar Ramadhan sangat mahal kot.
 

Ikan pari RM7

Ikan pari bakar ni pula berharga RM7 sepotong. Huh, melampau betul harganya.Tapi disebabkan terliur nak makan, beli juga la.


15 ulasan:

  1. die ingt smua dpt nek stgh bulan gji pe..xptt la

    BalasPadam
  2. kos barang naik,sbb tu harga pun naik..huhu..kat sini(kuching)pun dh mahal berbanding thn lepas

    BalasPadam
  3. biasalah tuh..
    tapi nafsu kata nak je kan???hahahaha

    BalasPadam
  4. mahalllllll.
    itu malas tu nak membeli time bulan ramadhan.

    BalasPadam
  5. mahal ker.. x penah lagi membeli juadah untuk berbuka

    BalasPadam
  6. keteow goreng kat tempat saya skrg ni dah 2.50..
    ayam panggang Rm17....
    Itulah...mahal sgt2...

    BalasPadam
  7. @Bui Junaidi betul tu tapi takkan sebanyak itu harga perlu dinaikkan. contohnya kuew teow tu, sebelum ramadhan saya ade juga beli di pasar mlm RM2 shaja...hmm untuk bersangka baik, mungkin ramuan2 istimewa yang mahal2 digunakan untuk buat resepi tu :)

    BalasPadam
  8. @shida

    ok lagi..rm17. kat sini dah rm20..huhu dah nak sama macam ayamas.

    BalasPadam
  9. @mokcik-ann tak de masa nak masak. Sampai rumah dah petang. Terpaksala beli. huhu...

    BalasPadam
  10. @hakimfaridzul besela..perut lapar...tekak dahaga....sume pun nampak sedap...

    BalasPadam
  11. asam pedas ayam kecik je pun harga RM4 ..tu dia..kalau besar ok lagi...ni mahal..kembung asam pedas pun sm harga RM5..kecik je..apa lah diorg ni

    BalasPadam
  12. zaman sekarang semua barang dah nek harge...dlm tv kabo pihak berwajib nk kawal..tp harge barang tetap gak nek...ish2...

    BalasPadam
  13. @IBNU QASIM agaknya pihak berwajib tu baru jadi pihak berharus je tu pasal la x brapa nak sungguh2 hehe... gurau2 je jgn ade yg terasa..

    BalasPadam
  14. @abah khalisha peniaga mengambil peluang ni tuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan para pelanggan. apa salahnya bg murah sikit dibulan ramadhan ni, bertambah2 pahala bertambah2 rezeki sebenarnya. sikap tamak mula munyelubungi mereka huhu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...