Selasa, Ogos 23, 2011

Katira

Buah katira

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang menyatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina.

Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam, dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.


Thanks to  HEWO
Banyak lagi cerita herba di sini

2 ulasan:

  1. dimana nak dapat atau beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Getah anggur atau katirah ni boleh beli kat Giant. Dia pack sekali dgn kembang semangkuk dan biji selasih. Pasaraya lain mungkin ada juga...

      Padam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...