Rabu, Ogos 10, 2011

Melabur Emas Cara Selamat Dan Menepati Syariah

Harga emas yang melambung sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai yang membuka mata untuk melabur emas. Samaada melabur melalui emas fizikal atau melalui passbook.

Melabur melalui emas fizikal adalah dengan cara kita membeli emas tersebut dan dapat memiliki secara realiti iaitu kita boleh pegang, boleh cium, boleh buat sesuka hati dan kita dapat merasai aura emas itu. Tetapi ada juga yang risau untuk simpan emas fizikal ini disebabkan oleh faktor keselamatan. Untuk selamat, maka terpaksalah simpan emas tersebut di Safe Deposit Box di bank atau pun boleh di pajakkan ke Ar Rahnu Bank Rakyat, Agrobank, Yapiem, Koperasi dan lain-lain. Jangan pula gadaikan di kedai gadaian konvensional sebab akan dikenakan interest yang tinggi dan tidak islamik.

Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan pelabur terpaksa membayar kos tambahan untuk menyimpan emas dan sebagai pelabur yang bijak, sudah tentu akan mencari alternatif lain yang lebih menguntungkan dan kurang kos-kos tambahan.

Jadi disini apa yang disarankan adalah melabur melalui akaun emas passbook. Antara bank yang menyediakan produk pelaburan emas ini adalah Maybank, Public Bank, Al Rajhi, dan Kuwait Finance House. Kebaikan akaun pelaburan emas ini berbanding emas fizikal adalah dari segi keselamatan iaitu kita tak perlu menyimpan emas fizikal sendiri.

Awas, tidak semua akaun pelaburan di bank itu memenuhi kehendak syariah. Kita sudah tentu tidak mahu harta kita diragui halal haramnya betul tak? Kenapa akaun emas tu haram ? Ini adalah kerana ketiadaan emas fizikal sewaktu jual beli dijalankan. Jual beli hanya perpandukan harga emas semasa sahaja dan kita boleh lihat angka sahaja. Jadi hukumnya adalah haram. Anda boleh lihat di Zaharudin.net untuk penerangan lebih lanjut secara terperinci.

Oleh itu, di Malaysia ini saya sarankan anda untuk melabur emas di Al Rajhi atau Kuwait Finance House dimana produk pelaburan emasnya menepati kehendak syariah. Ini kerana, sewaktu jual beli dijalankan, emas fizikal itu wujud dan anda boleh memilih samada untuk simpan sendiri atau simpan di bank. Jadi tidaklah anda hanya membeli angka emas sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak bank tersebut.
Selamat Beremas!

4 ulasan:

  1. salam kenal Roha
    terimakasih atas entri ini..saya baru bercadang2 nak buka akaun emas..takut jugak kalau bukan islamik

    BalasPadam
  2. @CikSembang sama2. tu la, kita kena selidik pesal pelaburan2 ni takut haram. susah nak menjawab DISANA nanti.

    BalasPadam
  3. Harga emas memang stabil berbanding matawang sekarang ini.

    Saya pun setuju untuk membuat pelaburan emas di KFH dan Al-Rajhi memandangkan institusi tersebut memang 100% perbankan Islam.

    Emas barang ribawi, salah cara urusniaga memang mudah terjadi riba.
    Namun saya masih kurang pasti bagaimana dengan pelanuran di Maybank dan Public Gold. Perlu kaji dan baca dahulu.

    Apa pun, kebanyakan umat Islam di malaysia kurang mengambil berat tentang status halal dan haram dalam urusan kewangan dan perbankan islam.

    BalasPadam
  4. yela kalau takut nak simpan sendiri lagi baik simpan kat bank aja...xdela risau cuma kena gak amik tau yg mana ikut hukum syariah islam...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...