Selasa, Ogos 09, 2011

Perancangan Kewangan Keluarga



Assalamualaikum, salam ramadhan,

Dah dekat nak raya ni mesti ramai yang mula berkira-kira perbelanjaan yang akan digunakan untuk menyambut hari lebaran. Tetapi kita haruslah membuat perancangan yang baik supaya tidak mendatangkan masalah selepas raya.

Ok, kali ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan tips yang sangat berguna untuk kita menguruskan kewangan kita. Sebagaimana yang kita lihat di sekeliling kita, tidak ramai yang mampu mengurus dan merancang kewangan dengan baik kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperolehi.

Akibatnya.. hujung bulan merana diri.. itu tak cukup,ini tak cukup.. bil tertunggak sehingga 'tension' dibuatnya.. betul tak?

Kita lihat tips di bawah,

1# Gunakan Konsep 1/3
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang
gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk
membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan
dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.

2# Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang.
Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin
terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja.

3# Buka Akaun Berasingan
1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang
berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak,
simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau
jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh!
Janji simpan!

4# Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam
akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB dan
sebagainya. walaupun begitu, pastikan anda
mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum
melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang
diiktiraf oleh kerajaan!

5# Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan
tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinya
secara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10%
setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikit
wang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum
anda membeli barangan tersebut.

6# Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!'
Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda
membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik
menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah
pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada
hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil!

7# Insurans
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan
anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya
mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang
keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak,
liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans.

8# Beli Aset Tetap
Beli rumah jika anda mampu dan tiba masanya. Jika
sebulan anda menyewa RM500, dengan jumlah sebanyak
itu, anda mampu untuk membayar ansuran rumah apartmen
yang berharga RM60,000! INGAT.. rumah meningkat nilainya
pada setiap tahun!

Diharapkan dengan 8 tip yang saya berikan ini akan
memberikan anda satu idea baru dalam merancang dan
menguruskan kewangan dengan lebih baik!

Sumber; www.kitbizonline.com

6 ulasan:

  1. salam kenal,

    good info for sharing...

    BalasPadam
  2. bagus lah info ni..hehe

    BalasPadam
  3. info bagus2.. mmg sy selalu amalkan semua tips kat ats , tp no.7 & 8 tu belum berkemampuan.. Nak tnya,kamu ni agen unit trust ke? huhu

    BalasPadam
  4. @Akhelaken

    tq dan FYI, saya bukanla agen unit trust

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...