Isnin, Ogos 08, 2011

Petua Hilangkan Sedu ( hiccup )

Kita tentu berasa tidak selesa jika diserang sedu (hiccup) terutamanya ketika di tempat awam. Lagi parah kalau sedu tak nak berenti selama berjam-jam atau berhari-hari. Kalau camni lagi baik terus jumpa doktor sebab takut ada kaitan dengan jantung.
Sebelum itu kita mesti nak tahu bagaimana sedu ni boleh berlaku. Ia disebabkan oleh otot diaphgram mengecut secara tidak terkawal diikuti dengan penutupan peti suara lalu menghasilkan bunyi kita sedu tu.
Ok, cara kita nak hentikan sedu ni ialah tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lagi lama tahan lagi bagus. Kemudian lepaskan nafas dan tarik nafas lagi. Ulang sampai sedu tu hilang. Itu sahaja. Tak perlu cari beg plastik atau minum air. Insyaallah berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...