Rabu, Ogos 17, 2011

RapidKL VS Metro

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Hari ni dah 17 Ramadhan hari Nuzul Quran. Ada sesetengah negeri cuti...tapi saya tak ..huhu..
Setelah sebulan lebih tak naik bas gi keje, hari ni dah hari-hari akan datang, saya akan naik bas.
Cerita pasal bas ni..kat tempat saya tu ada dua syarikat bas yang beroperasi. Metro dan RapidKL. Mereka ni masing-masing tak puas hati antara satu sama lain. Itu pendapat saya , mengikut pengalaman saya naik bas dari zaman bujang lagi. Pada saya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Jum kita tengok apa kah kelbihan dan kekurangan tersebut.

Metro
Baik
-Bas jarang rosak
-Laju
-Ada perfume.
-Ada konduktor( x yah beratur byr tambang)

tak berapa baik
-kebanyakan pemandu bawa bas secara melulu
-Bas yang dah agak lama
-pemandu merokok dalam bas.
-amik penumpang sampai padat (kdg2 bagus jugak sapa yang nak cepat )


Rapid
Baik
-Bas baru dan selesa
-Pemandu biasanya memandu secara berhemah
-boleh guna tounch n go (tngo)
-mesra OKU

Tak Berapa baik
- Lambat
-Ada bas yang boleh guna tngo SAHAJA  so..sape-sape yang x de tngo tak leh naik
-selalu rosak (selalu nampak rapid rosak tepi jalan )

Setakat ni tu lah perbezaan antara Metro dan RapidKL yang saya nampak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...