Selasa, Ogos 16, 2011

Uji Ketulenan Emas Di Bank Rakyat VS Agrobank

Assalamualaikum. EMAS, EMAS oh EMAS. Sekarang memang hangat diperkatakan disebabkan keuntungan pelaburan yang terbukti. Baiklah, saya nak berkongsi pengalaman memajak emas antara dua bank yang ada perkhidmatan Ar Rahnu ni iaitu Bank Rakyat dan Agrobank. ( Bank lain dan tempat pajak gadai lain belum pernah cuba lagi). Apa yang sangat ketara ialah hasil dari ujian ketulenan emas sangat berbeza.

Macam ni, Sebelum ni saya gadaikan sebentuk cincin 916 22 karat di Ar Rahnu Agro Bank. Melalui ujian ketulenan menggunakan mesin tersebut, memang betul keputusan ketulenannya.
Bebarapa bulan kemudian, saya gadaikan semula cincin tersebut di Ar Rahnu Bank Rakyat memandangkan lokasi bank yang lebih dekat untuk saya berurusan. Malangnya, hasil ujikaji ketulenan emas adalah tidak tepat iaitu 20 karat sahaja. Beberapa kali ujian tersebut dijalankan tetap mendapat keputusan yang sama. Saya agak kecewa. Walau bagaimanapun saya meneruskan juga urusan tersebut memandangkan ketika itu malas nak ke Agrobank yang agak jauh. Tambahan pula pinjaman yang diperolehi itu mencukupi untuk saya gunakan.

Kira-kira sebulan selepas itu, saya menebus kembali cincin tersebut. Untuk memuaskan hati maka saya terus ke Ar Rahnu Agrobank untuk memajak gadai semula cincin itu. Alhamdulillah, hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa cincin itu memang berketulenan 22 karat 916! Dengan itu SAYA PILIH Agrobank untuk urusan saya selepas ini. Dengan senyuman saya menerima pinjaman wang jauh lebih besar berbanding di Bank Rakyat disebabkan perbezaan hasil ujian ketulenan tersebut.

Mengapa agaknya ramai orang komplen pasal Ar Rahnu Bank Rakyat ni ya? Inilah salah satu sebabnya yang saya alami sendiri.

1 ulasan:

  1. Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or share your truly awesome blog postings to be part of the big collection.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...