Ahad, Ogos 07, 2011

Waktu paling sesuai membeli emas


Melihat harga emas pada hari ni, tentu sahaja ramai yang mengatakan bahawa harga emas dah semakin mahal. Nah, tengok ni, harga kat kedai emas sekarang. 

Mahal kan? Rugi tak beli taun lepas. Niat dihati nak memiliki emas pun terkubur dek harga semakin mahal.
Situasi yang sama pun akan berulang kembali pada tahun hadapan. RUGI AKU TAK BELI EMAS TAHUN LEPAS. Emas memang mahal dah akan terus mahal. 

Jadi untuk mengelakkan situasi yang sama berulang kembali, maka belilah emas pada bila2 masa sahaja ketika anda mempunyai wang. Kalau tiada wang tu, kumpullah wang untuk membeli emas untuk masa depan.
Emas adalah satu bentuk pelaburan yang menguntungkan. Tambahan pula, kalau tengah sesak nak pakai duit, boleh pajak gadai emas kita di Ar Rahnu untuk meminjam wang. Dan apabila kita tebus emas tu, nilainya tetap akan terus meningkat. Simpanlah emas untuk masa depan anda.

Dan bila dah banyak emas tu, jangan lupa pula untuk keluarkan zakat supaya harta kita tu bertambah berkat dan suci.

(teringat dulu2 masa bertunang tahun 2008 beli cincin emas 916 cuma RM94 segram, sekarang dah RM180 segram. Bak kata Nabil raja lawak, Awak Fikir Lah Sendiri ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...