Jumaat, Ogos 05, 2011

Zakat Pendapatan

JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN

Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut


1. Penggajian dan Upah Kerja

Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.

Contoh :

- Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.

Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.



2. Zakat Harta Kerja Bebas

Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contoh :

- Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.

- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.

- Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.

- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.


3. Zakat Harta al-Mustaghallat

Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :

- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.

- Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.

- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual



TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH)

Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.

Dalil :


Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka bertanya kepada kamu " apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu)."

Surah al-Baqarah (ayat 219)


Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya".

(sunan Abu Daud)




Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :

1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan


SUMBER : http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/pendapatan.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...