Cerita Apesal

Jumaat, Oktober 28, 2011

Kelebihan Amalan Ayat Seribu Dinar


Assalamualaikum WBT. Terpanggil saya kali ini nak berkongsi mengenai kelebihan dan hikmat jika kita mengamalkan ayat seribu dinar. Antara kelebihannya adalah :
1) membuka pintu rezeki ( contoh masa temuduga untuk dapat kerja )
2) mengelakkan daripada bencana atau malapetaka ( kemalangan jalan raya, bencana alam dll )
3) menghilangkan perasaan resah (menenangkan hati )
4) sebagai penawar kepada pesakit dengan cara dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit atau dijampi air untuk diberi minum
5) menghindari diri dari kezaliman ( pemimpin yang zalim, orang jahat dll)
6) jika menghadapi masalah atau musibah, dimudahkan jalan penyelesaian

Jadi amalkanlah membaca ayat seribu dinar semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan, Insyaallah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

6 ulasan:

  1. TQ for sharing.... tenang je bila dah baca ayat seribu dinar ni....

    BalasPadam
  2. elok diamalkan baca tiap lps solat.

    saya ada letak frame ayat ni kat rmh..bkn nak panggil rezki ya..
    tapi suka baca maksud ayat sbb janji Allah tu bg kekuatan & semangat bila hati sedih.

    BalasPadam
  3. nescaya idOp akan tenang sentiasa :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,semoga makbul dan berkah senantiasa.Amin.

    BalasPadam
  5. , bagus diamalkan, tapi kena faham maksud ayat ini dan kena kerjakan amalan wajib yang lain bersama, kalau amal saja tapi solat tungang langgang, takdak point.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...