Isnin, Oktober 24, 2011

Menu Sihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Makan apa hari ni? Kali ni, saya nak kongsikan bersama pembaca semua mengenai menu sihat dan bagaimana nak pastikan apa yang kita makan setiap hari itu adalah sihat.
Saya bukanlah pakar dalam bab pemakanan. Entry ini adalah sebagai panduan kepada saya dan semua untuk menyediakan makanan yang sihat  kepada diri sendiri dan keluarga tercinta. Saya dapat tips ini dari sini.

Menu Sihat
Apakan dia menu sihat?
  • Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.
  • Contoh menu yang dicadangkan contoh menu.
Bagaimana kita menyediakan menu sihat?
  • Rancang menu kita
  • Memasak makanan yang sihat
  • Ubahsuai resepi kita
Bagaimana kita merancang menu?
  • Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
  • Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
  • Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).
Bagaimana kita memasak dengan sihat?
  • Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
  • Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
  • Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
  • Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan      perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
  • Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
  • Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
  • Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
  • Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan
Bagaimana kita mengubah suai resepi?
  • Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan
  • Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair
  • Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
  • Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.               
Sekian, selamat menjamu selera...:)

6 ulasan:

  1. kami pilih menu lazatttt.... hee3x... nyummm3x...

    BalasPadam
  2. salam..menu berkhasiat utk seharian mmg penting.sis LM kalau msk mesti perlu ada sayur buat keluarga.buah juga tak lupa.minyak zaitun is the best dlm masakan

    BalasPadam
  3. Salam kenal...hehehe...betoi tu lebihkan buah dan sayur2an...

    BalasPadam
  4. banyakkan makan ikan sungai..terbaik! :P

    BalasPadam
  5. entry yg bagus:-) t senang nk rujuk kan. makan buah buahan pun best..

    BalasPadam
  6. Aku suka menu yang sedap-sedap :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...