Khamis, Oktober 06, 2011

Pelabur penakut, pelabur rugi

          Cerita hari ni berkenaan dengan tips melabur. Bukan melabur buang air besar ye :) Untuk kita membiakkan duit yang kita simpan menjadikannya lebih banyak, maka jalan yang terbaik adalah dengan melabur seperti di saham, unit amanah, hartanah, emas dan lain2. Secara ringkasnya keuntungan daripada pelaburan itu adalah dengan membeli ketika harga rendah dan jual pada harga lebih tinggi.
          Apa yang saya nak kongsikan disini adalah sikap pelabur yang merugikan iaitu takut. Contohnya begini. Seorang pelabur ini membeli unit amanah berjumlah RM5000 daripada seorang agen. Baru sebulan melabur harga pula makin jatuh menyebabkan nilai pelaburannya menjadi RM4200. Disebabkan ketakutan yang amat sangat maka dia terus menjual semua unit dan menyebabkan dia kerugian sebanyak RM800 sedangkan target saham amanah bukanlah untuk jangkamasa pendek. Sekurang-kurangnya setahun atau lebih.
         
          Kesilapan yang dilakukan ialah dia tidak mematuhi peraturan pelaburan iaitu beli rendah jual tinggi (buy low sell high) sebaliknya dia beli tinggi jual rendah. Perasaan takut jika harga semakin rendah menyebabkan dia membuat keputusan drastik menjual semua sahamnya tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Pelabur rugi dengan tindakannya sendiri sedangkan saham amanah yang dibelinya masih menunjukkan trend menaik untuk jangkamasa panjang.

          Rumusannya sebelum melabur, buatlah kajian mendalam samada pelaburan kita untuk jangkamasa panjang atau pendek. Kaji bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual, jangan mudah terpengaruh dengan agen. Jangan terlalu panik sekiranya harga turun mendadak. Ingat, dalam pelaburan adalah menjadi perkara biasa pergerakkan harga turun naik dan risiko tetap ada.
Selamat melabur!

11 ulasan:

  1. cam tau2 jek Roha ni..baru jek td alin dikunjungi agen pelabur..suruh up market lagik...takuttt...

    BalasPadam
  2. nme pn investment.ade risiko dan cabarannya.ssh btul klu takut tp nk melabur.hmmm

    BalasPadam
  3. btol2..org kena beli masa rendah..jual masa tinggi..kalu takut..xyah la melabur..haha

    BalasPadam
  4. wahh... mari kite melabur...

    BalasPadam
  5. Salam;
    aku nak beli saham googlelah..berapa seunit agaknya.

    BalasPadam
  6. @Alin MarliniKalau harga tengah rendah,baik beli. Tapi kna ingtla...pelaburan dalam unit trust adalah untuk jangka masa panjang. Bila harga turun jangan cepat panik.

    BalasPadam
  7. bila nilai pelaburan menurun, mesti orang jadi panik

    BalasPadam
  8. itu kes gelabah tak memasal haha.
    masa harga tengah rendah ni biasa orang pulun beli unit. harga murah.

    Pelaburan memang ada risiko untung rugi.
    kalau untung dijamin, dah jadi riba.
    ramai juge yang belum faham hal ni

    BalasPadam
  9. @nurfauzi betul3x ( nada upin ipin) kalau confirm dpt untung mcm fix deposit tu riba namanya. haram...tpi ramai je orang islam yang buat fix deposit ni...apa nak jadilah diorang ni.

    BalasPadam
  10. hehe..pelaburan kena la ambik risiko.kalau takut baik tak payah melabur.hehe

    BalasPadam
  11. kalau takut nk labur leburkan harta yg sedia ada,,

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...