Rabu, Oktober 05, 2011

The Secret Life of Nora

Asalamualaikum dan selamat sejahtera. pernah dengar tak mengenai pementasan cerita The Secret Life of Nora ni?Teater ni di bintangi oleh Tiara Jacquelina dan Ryan Silverman. Berikut adalah sinopsis yang saya ambil dari website  Istana Budaya. Jum gi tengok beramai-ramai....



Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an, project terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang mempunyai kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain. Dia berharta, memiliki rupa paras yang amat cantik malah juga merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut adalah merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.


  Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan sebuah pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan. Namun demikian, mungkin kerana nasib menyelebelahi Nora, pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkup dalam penjara. Nora bersetuju.

  Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.

Pelakon
:
Tiara Jacquelina
Ryan Silverman
Aznil Hj Nawawi
Adibah Noor



Tempahan/Pembelian Online
:
www.airasiaredtix.com
Hotline : 03 – 8775 4666



Maklumat Lanjut
:
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558



Laman Rasmi
:



7 ulasan:

  1. Salam;
    siri penyiasatan lah cerita ni..mcm James bond.yang ni pulak Cik embon.

    BalasPadam
  2. the secret life of nora..teater yg best lepas baca sinopsis dia!huuhuu..nak pg jugak arghh istana budaya tengok cite nih..^^

    BalasPadam
  3. macam best je. tapi kat teater ek? susah la nak g.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  4. ha a ni teater. tapi kalau dah minat tu susah camne pun mesti pegi jugak hehe

    BalasPadam
  5. sy x pernah tgk pementasan teater lagi

    BalasPadam
  6. Zie tak pernah tgk pementasan teather taw. teringinnnnn

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...