Cerita Apesal

Ahad, Oktober 30, 2011

Tukar Timing Belt Kereta

Hujung minggu ni ada masa terluang jadi saya mengambil keputusan hendak menukar timing belt kereta Proton Gen2 CPS saya sebab milage sudah 81000 km. Kalau diikutkan dalam manual Proton ni boleh tahan sampai 100,000 km tapi saya tak berani. Hati rasa tak tenteram je selagi tak tukar timing belt tu. 

Ye la kan, kalau dibuatnya putus masak la habis riban2 nak baiki kereta. Sebelum tu saya cari jugak la info pasal nak tukar timing belt ni kat internet. Nak tau apa yang perlu ditukar selain dari belt tu dan berapa pulak harganya. Dari research saya tu dianggarkan kosnya dalam RM600++.  Huh, banyak jugak tu. Dah la tu, ambil masa dekat satu hari kena tinggal kereta kat bengkel. Tapi memandangkan nak dapat 'peace of mind' sebab hati tak tenang bila memandu saya gagahkan juga nak tukar benda alah tu.

BOSCH timing belt

BANDO aircond belt
Saya pun pergi ke bengkel servis Castrol yang biasa saya service kereta kat situ. Harga nak tukar timing belt Gen2 ialah RM380 (brand BOSCH) dan belt aircond water pump RM90 (brand BANDO) menjadikan jumlahnya RM470 termasuk upah. Ohh ok la tu sebab bajet RM600 lebih tadi. Ok lah, terus tukar. Timing belt tu skali set dengan bearing, oil seal dan lain2 part yang saya pun tak tau sangat hehe. Masa yang diambil cuma 1jam 30 minit je siap semua. Ingatkan kena tinggal kereta smpai petang. Mungkin yang kena tinggal kereta tu sebab dia hantar ke Pusat Service Proton kot.  Alhamdulillah sekarang dah tenang je hati nak memandu. Sekian pengalaman saya.

9 ulasan:

  1. Salam;
    Kira muarah lah tu..upah service pun boleh tahan.

    BalasPadam
  2. betul tu.. beringat sebelum terkena kan

    BalasPadam
  3. Lepas ni bolehlah memandu dengan lancar dan senang hati.

    BalasPadam
  4. Kalau kita tau sikit2 pasal sevis, memang boleh jimat sikit belanja.
    Kalau yang tak tau, main serah bulat2 pada pusat servis, ada yang makin mahal harga.

    BalasPadam
  5. betol tu..beringat sebelum kena, bagus klu di tukar awal2

    BalasPadam
  6. betul. satu tindakan yang bijak. untuk proton gen2 yang putus timing belt dan 16 biji valve dia dah bengkok sedia la budget dalam RM1100 - RM1500. bergantung bengkel tempat anda baiki.

    BalasPadam
  7. @Penulis Maya setuju, jgn ikut sgt manual tu nak tunggu smpai 100,000km. kalau putus, bocor la poket...

    BalasPadam
  8. bila gaknya nak tukar lagi ..? Ada tak jadual seterusnya .

    BalasPadam
  9. Gen2 dah 7tahun 4bulan dah 216000 mileage...kena tukar kali kedua ni..hehhe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...