Rabu, Mac 21, 2012

APA KES? Siti Fatihah mengaku kepada polis dia tidak diculik


KUANTAN 21 Mac – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

 Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

3 ulasan:

  1. macam2 budak skrg ni..berani betul..

    BalasPadam
  2. dah agak dah.... sebab masa awal2x liputan tu polis ada cakap dari sumber siasatan awal ada mengatakan dia menghubungi sesaorang sebelum di colek... aduh... macam2x sekarang ni... sian kat mak bapak dia...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...