Cerita Apesal

Khamis, Mac 22, 2012

Cara-cara Menggembirakan Pasangan

Antara cara-cara untuk menggembirakan isteri yang anda cintai:
  1. Selalu beritahu isteri yang anda sayangkan dia
  2. Pujuk jika dia merajuk
  3. Rajin-rajinlah beri dia hadiah.( tak semestinya yang mahal) 
  4. Bantu isteri menjaga anak dan biar dia berehat 
  5. Kalau pandai masak, masakkanlah sesuatu yang istimewa untuk isteri
  6. Membantu isteri membuat kerja rumah
  7. Peluk dan cium isteri selalu
  8. Tidur rapat-rapat dengan isteri 
  9. Jangan naikkan kemarahan isteri
  10. Jika isteri bertanya pendapat, berilah jawapan yang ikhlas
  11. Jangan lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup anda berdua
  12. Sesekali urut dan belailah isteri terutama selepas dia penat melakukan kerja rumah
  13. Jangan buat perkara yang tidak disukai isteri 
  14. Jangan suka memerintah isteri 
  15. Sesibuk mana pun anda pastikan ada masa untuk isteri



 Ini pula antara cara-cara menggembirakan suami tercinta
  1. Jangan terlalu mengongkong suami 
  2. Beri perhatian kepada suami walaupun anda sibuk
  3. Jangan abaikan pakaian dan makan minum suami
  4. Percaya kepada suami
  5. Jangan kedekut memuji suami
  6. Urut suami dengan rela hati
  7. Sentiasa hadiahkan senyuman yang manis kepada suami
  8. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat. 
  9. Jangan melarang suami melakukan perkara yang diminatinya selagi tak memudaratkan
  10. Selalu ucap terima kasih kepada suami ( Suami pun kena ucap terima kasih jugak kat isteri) 
  11. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakannya sepenuh hati.
sumber |Pa&Ma|

1 ulasan:

  1. heee3x... setuju dengan tips di atas... sampaikan isteri dari kurus umpama lidi bila 10 tahun kawin dah jadi macam labu sayung....gurau aje..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...