Jumaat, Mac 23, 2012

Kau Mampu ke? Tak Mampu Tak Payah...

Isu pengambilan pembantu rumah Indonesia dengan gaji RM700 untuk satu-satu tugas khas menjadi semakin hangat.Ramai yang tidak bersetuju dan ada juga yang bersetuju dengan alasan dapat mengurangkan lambakan pekerja asing di Malaysia.

Terbaru Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Suryana Sastradiredja berkata, Malaysia perlu memastikan gaji majikan pembantu rumah tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.


Sambil menegaskan matlamat Indonesia ialah membina hubungan baik dengan Malaysia, Suryana berkata, Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka yang tidak layak, "jangan ambil pembantu rumah." Indonesia mahu Kerajaan Malaysia memastikan individu yang tidak mampu dan tidak layak, tidak mengambil pembantu-pembantu rumah dari negara itu bagi mengelakkan sebarang bentuk masalah khususnya kegagalan membayar gaji.


Indonesia juga meminta biodata lengkap majikan dengan rekod kesihatan dengan alasan tidak mahu majikan mempunyai penyakit mental . Katanya lagi di bawah pendekatan dipersetujui dengan Malaysia, kadar gaji yang ditetapkan adalah RM700 sebulan.


Malaysia ni baik sangat. Orang mintak apa bagi je. Setuju je. Berapa ramai majikan bermasalah daripada amah Indon yang bermasalah? Sejauh mana Indonesia dapat menjanjikan amah yang dihantar ke Malaysia adalah sangat terlatih dan tidak akan mendatangkan masalah kepada majikan?


sumber dipetik dari SinarHarian

2 ulasan:

  1. majikan perlu gaji rm5000?sape je yg layak tu..buat keje rumah sendiri aje la..

    BalasPadam
  2. pembantu rumah warga indon sekarang ni, dah x boleh mana2 kaki dera tu, mendera sewenang-wenangnya...diorang dah ada polisi perlindungan..baru best..ehehe..betul x?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...