Selasa, Mac 27, 2012

Khasiat Kurma Untuk Kanak-Kanak

Biasanya kita makan kurma waktu bulan puasa je. Waktu bulan puasa la kita boleh dapati bermacam-macam jenis kurma dijual dipasaraya. Kalau tak time bulan puasa, susah pulak nak cari. Kalau ada pun, terhad dan tak banyak pilihan. 

Sebenarnya banyak khasiat buah kurma. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A,B,B1, B2, B3, Vitamin C dan E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolestrol,asid amino triptofan glukosa dan sukrosa . 

Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa  yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan teaga krpada tubuh. kandungan vitamin C dalam kurma pula dapar membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak yang sedang membesar. 


Sumber bacaan Pa&Ma Feb 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...