Jumaat, Mac 30, 2012

Lagu Bawaku Pergi bakal Diharamkan

Pernah dengar lagu bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan? Lagu ini dicipta oleh Malique ( bekas anggota kumpulan Too Phat) . Khabarnya lagu ini mungkin akan diharamkan sebab liriknya yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat kita.


Mula-mula dengar lagu ni, tak dengar betul-betul pun liriknya. Layan je la sebab lagu yang mereka nyanyikan pun not bad. Tapi bila dengar balik liriknya, rasa tak sedap pulak. Si perempuan meminta supaya dia dibawa pergi oleh si lelaki. Lirik lagu ini boleh mempengaruhi remaja untuk lari dari rumah mengikut teman lelaki. Nampak macam nak pergi oversea je......(buku merah jangan lupa bawa)??? Tanpa memberitahu ibu bapa , malah semua kemana mereka akan pergi. Kalau diharamkan bagus juga.   Cuba tegok ni


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng


tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Tapi belum tentu lagi ia diharamkan. Kerana mengikut  Datuk Seri Dr. Rais Yatim, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut. Mereka akan teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah wujudkan. 
Rasanya kalau nak haramkan lagu, banyak lagu mat saleh yang liriknya memang tak sesuai dan tak bagus la bila kita translate ke Bahasa Melayu. Haramkan lah lagu mereka sekali. 


5 ulasan:

  1. aku tak sekolah tinggi ini terasa lirik lagu ni tak sesuai..macam nak ajak budak jadi anak derhaka pulak..belum sentuh bab lucah lagi.

    BalasPadam
  2. isu lari ikut kekasih pun tak leh salahkan lagu ke apa kan.. isu ni berkait rapat dengan akal kewarasan sesaorang...

    BalasPadam
  3. berat sebelah telah pun berlaku kerana lagu bekas mufti perlis, dr asri tak diluluskan. atas alasan tak sesuai.
    tapi bila kita tengok bait lirik, baru tahu kenapa tak lulus. sebab kritik pemimpin.
    padahal lagu tak bermoral yang lulus berlambak ada.

    BalasPadam
  4. memang blh bagi pngaruh buruk pada remaja skrg,macam2 lagu skarg ni..

    BalasPadam
  5. Mmg lagu nie x elok p0n...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...