Selasa, Mac 27, 2012

Makan-Makan Edisi Asam Pedas

Hujung minggu lepas, kami balik kampung kat Johor. On the way tu, singgah Muar sebab nak makan asam pedas...nyum...nyum. Kami pegi ke kedai makan Asam Pedas Mak Ngah kat medan asam pedas Parit Jawa dan makan tengahari kat situ. Ni kali kedua makan asam pedas kat Muar. Kali pertama makan asam pedas ikan sembilang kat kedai lain. Sebelah kedai Mak Ngah ni je ( lupa la nama kedai tu, sorry tokey kedai...).
Asam Pedas Kepala Ikan Mayung

Kupang, Lokan dan Kerang Bakar
Kat kedai mak ngah ni ada seafood bakar. Nak bakar boleh nak rebus pun boleh. kami nak makan yang bakar. Jadi kami kena extra charge RM1 Sebab??? Upah bakar kot...heheh... Kami makan kupang, lokan dan kerang. Ni la first time makan lokan.

Peace!!!

Jemput Makan...
Ok la masakan dia. Tapi, kalau dapat asam pedas yang panas lagi best...:) Ok ..sekian, selamat menjamu selera..!


1 ulasan:

  1. uish...sedap tu.lama tak pekena asam pedas.rindu lak rasa kat asam pedas nenek buat

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...