Jumaat, Mac 02, 2012

SeeFood the Movie 2012



SeeFood mengisahkan tentang seekor anak jerung bernama Pup yang mempunyai misi untuk mencari sekumpulan pemburu haram yang telah mencuri sebilangan telur-telur dari kawasan perairannya. Pengembaraannya penuh dengan aksi-aksi lucu dan misteri bukan sahaja di dalam air, malahan di darat. Pup berusaha untuk menyelamatkan saudaranya tanpa memikirkan keselamatan nyawa sendiri. Di daratan Pup tidak menyangka ada bahaya juga menanti dia di sana. Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, berusaha sendiri untuk menyelamatkan dan membawa pulang kawan karibnya. Pup dan Julius memakai sut khas supaya mereka berupaya mengembara di darat.

Official Website: http://www.seefood-themovie.com/

Trailer 


Dipersembahkan oleh Silver Ants Sdn Bhd dengan kerjasama Al-Jazeera Children Channel.
SeeFood akan dieedarkan oleh Grand Brilliance dan akan ditayangkan di Malaysia pada 8 March ini.

4 ulasan:

  1. cerita lawak best ni... anak2x tak sabar nak tengok...

    BalasPadam
  2. den nak tengok Bunohan..ada duit lebih baru nak tgok Seefood nih :-)

    BalasPadam
  3. den x tau bila leh tgk movie...huhu:(

    BalasPadam
  4. tengok dalam iklan je sikit2....nampak macam sedap je...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...